Wednesday, January 11, 2006

surah yassin

tektik baru dikesan untuk menyara aktiviti yang tak de pekdah ... seseorang akan datang ke rumah atau tempat awam untuk menjual kitab yassin atas alasan derma bantuan kepada golongan yang memerlukan (siapa agaknya golongan yang memerlukan tu???) ... ada satu kisah benar ... boleh dikatakan kebanyakan masjid/surau menyimpan kitab-kitab yassin di tempat yang senang untuk diambil ... betul, sebab rata-rata penjaga-penjaga tempat ibadat berpikiran positif akan tujuan kedatangan sesiapa pun ke masjid adalah untuk beribadat ... tapi ... tanggapan begini telah di pergunakan oleh orang-orang tertentu untuk mengambil kesempatan di atas peluang yang ada di depan mata ...
 
 
apa yang berlaku ialah orang yang bermotif jahat akan datang ke tempat ibadat ini dan mengambil sebanyak mungkin kitab-kitab yassin ketika tempat ibadat tidak diawasi dan memulakan usahanya (berdikari la ni secara sendirian atau berkumpulan) dengan menjual kitab-kitab ini pulak kepada orang ramai dengan alasan membantu golongan yang memerlukan ... ramai yang terkena ... sebab ... nak dapatkan butiran tentang sesebuah pertubuhan kebajikan amatlah mudah seperti yang terdapat di banyak majalah majalah ... cuma ambil keratan artikel tentang pertubuhan kebajikan itu dan laminetkan ... bawa keratan yang telah dilaminetkan bersama kitab-kitab surah yassin yang telah diperolehi di masjid dan surau secara percuma dan tanpa kebenaran ... dan seterusnya .... anda tau apa yang akan dilakukan.
 
 
sampaikanlah pesanan ini kepada petugas-petugas di masjid/surau ... pastikan semua kitab-kitab yang ada dalam simpanan masjid/surau mempunyai sekurang-kurang satu tanda "wakaf untuk 'nama masjid/surau/madrasah'" bagi cuba menangani program nakal terbaru yang bermodal kecil dan mencegah kecurian di tempat ibadat ... dan menolong mengurangkan dosa manusia.
 
juga memandangkan bahawa orang ramai biasanya mewakafkan al quran dan sebagainya kepada tempat masjid/surau/madrasah atas niat amal jariah ... kesian!!!
 
akan sampai satu masa nanti ... ada orang yang berebut-rebut untuk menguruskan jenazah tanpa perlu ada ilmu kerana masyarakat biasanya ... tak tahu apa yang berlaku di tempat mandi jenazah ... dipermudahkan pula bila solat jenazah dalam mode sirrr!!! ... AWAS!!!
 
INGATLAH ... KEMAKMURAN MASJID/SURAU ADALAH URUSAN KITA SEMUA
 
warmest regards to all of you

 

No comments: