Sunday, January 11, 2009

11.01.2009 - Ahad - Kelas Fardhu 'Ain lagi

Setelah tahu aku di tugaskan utk membantu selia kelas fardhu 'ain pada hari Sabtu ... aku tak hadir pun sebab tak di beritahu awal dan notis jadual pun di paparkan pada masa kelas di jalankan


So, aku pun datang pada hari Ahad untuk bantu selia kelas tersebut ... ok gak ... ramai bebudak yg datang pada hari ni ... about 70 orang ...

Masa rehat makan bersama Pengerusi Surau dan Nazir Masjid, Tuan Hj Salim. Waktu kelas dari 9 pagi sampai 11 pagi dan rehat 10 minite dari 10 pagi sampai 10.10 pagi.

Selesai kelas ... Salehudin hadiahkan kalendar meja 2009 dan sebuah organiser/planner ... waa ... bestnyer.

10.01.2009 - Sabtu - Kelas Fardhu 'Ain

Apa lah yg telah berlaku kat surau aku ni ... tak de pun info mengenai bila mula kelas fardhu 'ain utk anak-anak kariah taman ni ... yg ada cuma senarai nama nama peserta kelas fardhu 'ain utk kanak kanak sampai 15 tahun (atau 16 tahun, mana satu yg betul ni?)

tak pe lah ... selepas ta'lim selepas subuh pada 10.1.2009, aku pasti memang tak ada notis tentang jadual petugas untuk memantau anak-anak yang belajar di kelas fardhu 'ain di paparkan di Surau ... cuma terperasan bila seorang ajk bagitau notis jadual tersebut cuma dipaparkan semasa kelas berlangsung pada hari itu, Sabtu 10.01.2009 semasa aku berjemaah solat zohor di surau (bila dia bertanya aku, Tuan ke mana pagi tadi)

Pagi tadi tak ke mana ... cuma bawa Mummy dan Adik gi bekfes .. pastu ke majlis kenduri kahwin anak Aziz/Zaini jam 12 tengahari di dewan serbaguna dekat komplex renang bandar tun razak ... kemudiannya plak ke rumah seorang sahabat pada jam 3 petang, kawang ni baru balik dari Tanah Suci selepas menunaikan haji (dia baru sampai pada pagi 10.01.2009 ... letih sangat nampak raut muka dia ... sian .. batuk batuk pulak tu.

Malam plak ada kuliah maghrib di pimpin oleh Ustaz Mohd Jim .. berkisar mengenai 7 macam orang-orang yang Allah s.w.t. benci ... salah satu daripadanya ialah orang-orang yang bengis, keras hati dan keras suara

Selepas pengajian ... baru di adakan pula majlis meraikan jemaah haji yang baru balik dari Tanah Suci ... seorang AJK minta aku aturkan sesi fotografi semua jemaah haji Taman Muda ... cari Manon (adik, fotographer pro) utk shooting ... Majlis perjumpaan sangat meriah kerana dapat bertemu jemaah haji yang baru balik dari Tanah Suci dan jemaah hari yang sedia ada di Taman Muda ... tapi ada orang penting yang menghilangkan diri dari majlis itu.

Apa-apa pun, aku berharap yang terbaik sahaja.

Friday, January 09, 2009

8.1.2009 - Rubbish Bin

Rubbish bin relocated.

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Ingat mengingati amalan mulia ...

"Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan, dan janganlah kamu
bertolong tolongan dalam dosa dan permusuhan".

(Soorah Al Maidah 5:2)