Apa lah yg telah berlaku kat surau aku ni ... tak de pun info mengenai bila mula kelas fardhu 'ain utk anak-anak kariah taman ni ... yg ada cuma senarai nama nama peserta kelas fardhu 'ain utk kanak kanak sampai 15 tahun (atau 16 tahun, mana satu yg betul ni?)
tak pe lah ... selepas ta'lim selepas subuh pada 10.1.2009, aku pasti memang tak ada notis tentang jadual petugas untuk memantau anak-anak yang belajar di kelas fardhu 'ain di paparkan di Surau ... cuma terperasan bila seorang ajk bagitau notis jadual tersebut cuma dipaparkan semasa kelas berlangsung pada hari itu, Sabtu 10.01.2009 semasa aku berjemaah solat zohor di surau (bila dia bertanya aku, Tuan ke mana pagi tadi)
Pagi tadi tak ke mana ... cuma bawa Mummy dan Adik gi bekfes .. pastu ke majlis kenduri kahwin anak Aziz/Zaini jam 12 tengahari di dewan serbaguna dekat komplex renang bandar tun razak ... kemudiannya plak ke rumah seorang sahabat pada jam 3 petang, kawang ni baru balik dari Tanah Suci selepas menunaikan haji (dia baru sampai pada pagi 10.01.2009 ... letih sangat nampak raut muka dia ... sian .. batuk batuk pulak tu.
Malam plak ada kuliah maghrib di pimpin oleh Ustaz Mohd Jim .. berkisar mengenai 7 macam orang-orang yang Allah s.w.t. benci ... salah satu daripadanya ialah orang-orang yang bengis, keras hati dan keras suara
Selepas pengajian ... baru di adakan pula majlis meraikan jemaah haji yang baru balik dari Tanah Suci ... seorang AJK minta aku aturkan sesi fotografi semua jemaah haji Taman Muda ... cari Manon (adik, fotographer pro) utk shooting ... Majlis perjumpaan sangat meriah kerana dapat bertemu jemaah haji yang baru balik dari Tanah Suci dan jemaah hari yang sedia ada di Taman Muda ... tapi ada orang penting yang menghilangkan diri dari majlis itu.
Apa-apa pun, aku berharap yang terbaik sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment