waktu maghrib. Aku suka sebut masjid walaupun ianya di rujuk sebagai
surau kerana masjid menepati maksud tempat sujud (solat).
Subuh tadi, aku tak dapat hadir lama di masjid untuk dengar tazkirah
kerana isteri aku dah peringat sebelum aku melangkah ke masjid pagi
tadi bahawa ada urusan di rumah Kak Ros yang perlukan tenaga ku.
Balik dari masjid, jamah sarapan pagi supaya perut tak kosong bila
buat kerja nanti dan terus ke rumah Kak Ros. Aku bawa dua gulung tikar
siam untuk kegunaan ramai di sana nanti ... amal jariah lah sikit
sikit.
Sesampai ke rumah yang di tuju ... aku bersalaman dengan sahabat-sahabat yang telah sampai seperti Halim Na, Zul Nab, Bang Majid, Azan dan lain-lain. Lebih kurang jam 8.00 pagi ...ayam untuk lauk kenduri pun sampai ... kami pun mulalah membasuh dan membilas ayam-ayam yang telah di potong jadi ketul ketul yang kecil ... buat sampai jam 9.00 pagi sebelum berundur diri untuk menghantar adik gi Outing.
Pelajaran pada peristiwa ini ... kerjasama dan bertolak ansur.
--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalannya".
InnAllaha yu hibbul muhsinun 5:13
No comments:
Post a Comment