Assalaamu'alaikum
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1430
Semoga kita, sebagai umat Islam, dapat dan mampu menegakkan yang Haq dan menafikan yang Bathil ... dan setahun lagi rupanya, kita dekat dengan ajal kita ...
Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya .. "Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup" ... bertanya Abu Hurairah: "Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Zikrul Maut" ... iaitu mengingati mati.
Ketahuilah bahawa kelazatan dunia merupakan penyumbang TERbesar terhadap sifat lalai manusia ... lalai dalam solat juga berpunca dari kelazatan dunia, dan manusia yang sedang di uliti oleh kesenangan dan kelazatan dunia pasti tidak teringin di datangi maut, kerana baginya MAUT itu adalah noktah berhenti kepada kesenangan yang sedang dikecapi oleh dirinya di dunia ini.
Moga moga kita beroleh taufiq dan hidayah dan dapat meningkat keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
4 comments:
happy new year
happy new year to you too!!!
camat tahun baru gakz..
salam daddy itew..
Post a Comment