esok akan di adakan satu mesyuarat di tempat aku ... dari cerita seorang ajk surau ... mesyuarat akan membincangkan hal berkaitan persiapan untuk menyambut bulan ramadhan ... biasa lah kan ada di edarkan surat pekeliling kepada kariah taman untuk memberitahu aktiviti aktiviti sepanjang ramadhan ... selalu nya aku yang buat ... sebagai setiausaha ... tetapi aku dah cakap dalam mesyuarat ajk dan pegawai lebih 2 tahun lalu ... aku dah sibuk dan tak dapat menjalankan urusan setiausaha itu ...
pengerusi tak setuju aku menarik diri dan memaksa aku teruskan kerja sebagai setiausaha ... mana bole kan ... sebab kerja cari makan lebih penting lagi dari kerja sukarela ni ... kengkonon nya aku di bayar elaun rm100 utk melakukan kerja kerja sebagai setiausaha ... but that is not the point ... bagi la rm100 tu kepada orang lain utk ganti tempat aku ... tapi pengerusi ni degil ... dia tak nak cari orang lain ... tup tup pada bulan oktober 2009 sudah ... dia suruh bendahari hentikan bayaran elaun setiausaha ... aku tak kesah ... mungkin ini cara pengerusi utk buat aku melatah ... tapi aku tetap diam sahaja ... dan terus buat keje aku tu ... sehingga ketika kehadiran dr hafidzi untuk bagi ceramah di surau sebagai satu dari tiga penceramah jemputan yang di jemput untuk menyambut bulan Maulidur Rasul ... dalam mesyuarat ketiga tiga penceramah akan di bayar sama rata ... tapi kerana aku yang uruskan dr hafidzi ... bayaran di kurangkan (berita ini dari ajk yg jaga bahagian bayaran ustaz) dan pada malam tu jamuan dibatalkan ... sedangkan pada dua majlis yg terdahulu, ada jamuan ... berita peruntukan jamuan tak ada disampaikan oleh siak sendiri
selain tu apa dia buat ... dia kutuk kutuk aku dari belakang la ... aku tak tau la apa yang di kata ... tapi dia tak tahu orang sampaikan kepada aku kerja kianat pengerusi ni (tanpa bagitau aku apa yg dikutuk kutuk nya) ... rata rata orang orang yg terpaksa dengar tidak percaya tohmahan dan fitnah dari pengerusi tu ... bagus lah
jalan yg terbaik ... aku duduk diam ... dan orang yang dia cuba pengaruh untuk memburuk burukkan aku tak percaya cakap dia ... alhamdulillah
sekarang ni ... selepas apa yang dia cuba buat seperti memburukkan peribadi aku .. tapi bukan aku seorang je yg jadi mangsa dia ... almost semua orang yg vokal dalam taman dia bermusuhan ... lantak pi kat dia ... sebab apa ... setahu aku ... ramai ahli kariah dalam taman aku tinggal ni baik baik dengan aku ... kecuali 2 atau 3 orang yang aku harus berhati hati .... ajen perisikan dia la tu yang juga ahli dalam menyebarkan fitnah dan tohmahan.
susah nya hidup dalam masyarakat yg busuk perut!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apasat plak ni label jadi emo.. kekeke
sedang merancang kepanasan dan penyelesaian!!!!! ... dah sampai masa untuk bertindak.
Post a Comment