Monday, August 17, 2009

Lupakan harta yang di sedekahkan

Satu teladan ...
 
Saidina Umar ibnu al Khattab berkata: "Suatu hari aku telah menghadiahkan seekor kuda kepada seseorang, kerana orang itu tidak mempunyai sebarang binatang tungggangan sedangkan aku memiliki beberapa ekor kuda. Oleh itu, secara sukarela dan kerana Allah, aku pun menghadiahkannya kepada orang itu".
 
"Tetapi orang itu tidak pernah menunggangnya, kuda itu hanya di tambat di sisi rumahnya sehingga beberapa lama. Oleh kerana dia seperti tidak memerlukan kuda itu untuk menjadi kenderaannya, maka aku pun bercadang untuk membelinya semula. Bahkan aku sedia membayar sebanyak manapun harga yang di kehendaki nya ... tetapi aku menjangka dia akan menjualnya dengan harga yang murah, kerana aku yang menghadiahkan kuda itu kepadanya."
 
"Apabila aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda menegah aku dari berbuat demikian dengan sabdanya yang bermaksud" 'Kamu jangan beli kuda kuda yang sudah dihadiahkan kepada seseorang, bahkan jangan kamu ambil semula barang yang sudah disedekahkan sekalipun dia akan menjual semula dengan kamu walaupun dengan harga hanya satu dirham sahaja. Kerana orang yang mengambil semula sedekah yang sudah diberikan kepada seseorang (walaupun dengan membelinya semula) adalah umpana anjing yang menjilat semula muntahnya sendiri."
 
Rasulullah s.a.w. memberikan bandingan yang sangat buruk terhadap mereka yang mengambil semula barang yang sudah disedekahkan, ibarat seekor anjing yang menjilat semula muntahnya.
 
Anjiing dan muntah itu adalah sejijik-jijik benda di dunia, kerana ada sesetengah orang tidak timbul sebarang reaksi yang luar biasa apabila melihat najis manusia atau najis binatang. Sebaliknya secara spontan timbul reaksi jijik dan meloyakan sehingga membawa kepada muntah apabila melihat atau menghidu muntah manusia atau muntah binatang.
 
Mengambil semula setiap pemberian itu dalam peribahasa Melayu disebut sebagai "buruk siku", ia memberi makna suatu tindakan yang tidak bermoral. Perbuatan itu menjatuhkan martabat atau kemuliaan yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada golongan 'tangan atas', iaitu tangan yang memberi atau membantu orang lain.
 
Kerana apabila dia hendak mengambilnya semula bererti ia berazam untuk menukar taraf dirinya menjadi tangan yang di bawah, iaitu tangan orang-orang yang meminta. Sedangkan Islam mengajar kita bahawa tangan yang di atas (yang menghulur bantuan derma) itu lebih mulia dari tangan yang di bawah (tangan yang menadah yang meminta atau menerima bantuan).
 
Perbuatan mengambil semula sebarang pemberian sedekah itu dipandang hina oleh Islam, ia sebanding dengan anjing yang menjilat muntahnya sendiri. Jika peribahasa Melayu mengatakan buruk siku tentulah tidak sebanding dengan perbuatan anjing yang menjilat muntah. Apabila seseorang itu telah membina budinya yang luhur sebagai dermawan, maka janganlah ia bercita-cita untuk menjatuhkan ketinggian budi nya itu dengan cara apa sekali pun.
 
Pada pandangan biasa, membeli semula barang yang sudah disedekahkan itu tidaklah menampakkan kecacatannya, kerana orang yang menerima sedekah itu tetap mempunyai peluang untuk mendapatkan hak milik dengan gantian nilai harga. Namun begitu, ia tetap menjadi larangan dalam Islam, kerana ia membayangkan hasrat ingin untuk memiliki semula barang yang suudah disedekahkan
 
Sumber: Kitab Membangun Ummah
 

2 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

selamat bukak poser daddy!!

hubbibie said...

Selamat berterawih Needa!!!