Salam,
"Diriwayatkan daripada Ab Harairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak berkumpul satu kaum di satu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang mereka membaca al Quran, bertadarus al Quran sesama mereka, melainkan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, mereka di kelilingi malaikat, dan mereka dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang hampir kepada Nya"
(HR Muslim)
Sinonimnya ... jika seorang tetamu berhak di beri penghormatan, maka dia pula wajib mengetahui kehormatan orang yang di kunjunginya, beradab di hadapannya sesuai dengan kemuliaan dan ke agungan nya ... (as guest and as host to the guest ... each have their own responsibility)
Beberapa adab dalam Islam yang perlu diamalkan bila berkunjung ke masjid: -
1) Mencintai dan menghormati masjid, memandang mulia kepadanya, dan
mengagungkan kedudukannya kerana ia adalah rumah Allah yang di bina untuk
mengingat Nya dan beribadah kepada Nya ... untuk membaca kitab Nya dan
menunaikan / menyampaikan risalah Nya ... untuk menyebarkan ajaran Nya
dan menyampaikan suruhan dan larangan Nya ... untuk berkenalan dengan para
pengikut Nya dan menemui mereka dalam majlis ilmu dengan penuh hikmah dan
akhlak yang mulia
Allah s.w.t berfirman: -
"Dan sesiapa yang memuliakan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia adalah
sebahagian (tanda-tanda) ketaqwaan hati"
(al Hajj : 32)
2) Berusaha membangunnya, berkorban sekuat tenaga dan harta benda untuk
membinanya, dan meggalakkan manusia untuk menyempurnakan serta
melengkapkannya dengan sesuatu yang patut menurut kedudukannya
dengan niat kerana Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa
yang membina masjid kerana Allah, walaupun sebesar sarang merpati untuk
tempat telurnya, maka Allah membina sebuah rumah baginya di dalam syurga"
(HR Ahmad & Ibnu Hibban)
3. Sentiasa pergi ke masjid dengan berjalan kaki walaupun jaraknya jauh dari
rumah... tidak kira dalam cuaca panas atau sejuk ... pada kegelapan malam mau
pun pada jalan yang sukar.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. : katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling besar pahala sembahyangnya ialah orang
yang paling jauh dari masjid (dilaluinya) dengan berjalan kaki, kemudian yang di
bawahnya, dan orang yang menunggu (waktu) sembahyang hingga di
menunaikannya bersama imam lebih besar pahalanya daripada orang yang
menunaikannya kemudian dia tidur".
(HR Bukhari & Muslim)
... dari siri kuliah Adab Sopan Dalam Islam
--
binasakanlah pemimpin pemimpin yg fasik dan zalim di kalangan kami dan gantikanlah dengan pemimpin pemimpin yang adil ... amin