Friday, October 17, 2008

Adab di Masjid 3


Salam,
 
"Diriwayatkan daripada Ab Harairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak berkumpul satu kaum di satu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang mereka membaca al Quran, bertadarus al Quran sesama mereka, melainkan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, mereka di kelilingi malaikat, dan mereka dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang hampir kepada Nya"
 
(HR Muslim)
 
Sinonimnya ... jika seorang tetamu berhak di beri penghormatan, maka dia pula wajib mengetahui kehormatan orang yang di kunjunginya, beradab di hadapannya sesuai dengan kemuliaan dan ke agungan nya ... (as guest and as host to the guest ... each have their own responsibility)
 
Beberapa adab dalam Islam yang perlu diamalkan bila berkunjung ke masjid: -
 
1) Mencintai dan menghormati masjid, memandang mulia kepadanya, dan
    mengagungkan kedudukannya kerana ia adalah rumah Allah yang di bina untuk
    mengingat Nya dan beribadah kepada Nya ... untuk membaca kitab Nya dan
    menunaikan / menyampaikan risalah Nya ... untuk menyebarkan ajaran Nya
    dan menyampaikan suruhan dan larangan Nya ... untuk berkenalan dengan para
    pengikut Nya dan menemui mereka dalam majlis ilmu dengan penuh hikmah dan
    akhlak yang mulia
 
    Allah s.w.t berfirman: -
    
    "Dan sesiapa yang memuliakan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia adalah
    sebahagian (tanda-tanda) ketaqwaan hati"
 
    (al Hajj : 32)
 
 
2) Berusaha membangunnya, berkorban sekuat tenaga dan harta benda untuk
    membinanya, dan meggalakkan manusia untuk menyempurnakan serta
    melengkapkannya dengan sesuatu yang patut menurut kedudukannya
    dengan niat kerana Allah s.w.t.
 
    Rasulullah s.a.w. bersabda:
   
    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa
    yang membina masjid kerana Allah, walaupun sebesar sarang merpati untuk
    tempat telurnya, maka Allah  membina sebuah rumah baginya di dalam syurga"
 
    (HR Ahmad & Ibnu Hibban)
 
 
3. Sentiasa pergi ke masjid dengan berjalan kaki walaupun jaraknya jauh dari
    rumah... tidak kira dalam cuaca panas atau sejuk ... pada kegelapan malam mau
    pun pada jalan yang sukar.
 
    Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
    Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. : katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya orang yang paling besar pahala sembahyangnya ialah orang
    yang paling jauh dari masjid (dilaluinya) dengan berjalan kaki, kemudian yang di
    bawahnya, dan orang yang menunggu (waktu) sembahyang hingga di
    menunaikannya bersama imam lebih besar pahalanya daripada orang yang
    menunaikannya kemudian dia tidur".
 
    (HR Bukhari & Muslim)
 
... dari siri kuliah Adab Sopan Dalam Islam
 


--
binasakanlah pemimpin pemimpin yg fasik dan zalim di kalangan kami dan gantikanlah dengan pemimpin pemimpin yang adil ... amin

No comments: